Syurgaku.



Sebenarnya aku sayang dia. Dia yg diatas ni. Dalam gambar tu. Sayang dia sangat sangat. Sangat sangat teramat. Taktahu macam mana nak ckp. Dia banyak kali mengadu dkt aku, cerita masalah dia dkt aku. And the same time aku rasa macam Ya Allah, kenapa berat sangat dugaan yg mak aku tempuh. Serious aku sedih, sedih sangat sangat. Dia marah aku, dia tegur aku tapi aku degil. Aku tak dgr cakap dia. Jenis aku, aku ikut kepala sendiri. Aku susah nak terima teguran orang. Sumpah aku memang paling teramat sangat degil. Kadang kadang aku rasa kesian dkt dia, kesian sangat. Bermacam macam teguran dia tegur aku, tapi aku tk dgr cakap dia sampaikan dia menangis dpn aku. Dia mengadu penat nak tegur aku. Entahlah, aku pun tak faham kenapa aku degil sgt. Tapi aku pernah berjanji dgn dia, aku akan berubah selepas aku keluar plkn. Tapi malang, aku tak berubah. Aku makin liar. Aku makin degil, degil aku bertambah degil. Sebab apa kau tahu? Sebab aku terlalu bebas. Bebas berkawan dengan semua orang. Kadang kadang aku sendiri tak kenal siapa diri aku. Kenapa aku cepat sgt berubah. Aku jahat, sangat jahat. Tapi aku akan cuba berubah, berubah ke arah kebaikan. Aku taknak buat dia menangis lagi. Aku taknak dosa aku bertambah. Ya Allah, bantulah aku. Aku sangat sayang pada dia, dia kekasihku, dia jantungku & dia syurgaku. Maafkan anakmu wahai ibu. Ya Allah, kau jagalah dia untuk ku. Jika aku tiada lagi di muka bumi ini, aku sangat berharap dia tabah menghadapi semua dugaan yg engkau beri kepadanya. Aku sayang dia & aku juga rindu ayah, ayah yg selalu gembira walaupun pendiam. Ayah seorang yg penyabar, tapi ayah juga seorang yg garang. Ya Allah, aku sedih. Aku rindu dia. Rindu sangat sangat. Dia hero ku, dia semangatku. Aku rindu dia :( Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman. Al-fatihah.